Search This Blog

Tuesday 9 July 2013


Kerana angin.


Daun,
Melambai.
Pasti di luar angin kencang,
Mampu buat rambutku mengerbang.
Kalau ada garuda,
Mahu juga aku terbang.
Terbang keliling padang
Terbang keliling kota
Terbang melintas lapangan.
Mahu lihat manusia, mahu lihat saujana,
Mahu lihat mobil dan segala yang jadi.

Kan hanya mimpi, bukan?
Hanya angan - angan kan?
Tapi, sayang,
Apalah dosanya berangan...
Apalah dosanya bermimpi...
Tak salah,
Teruskanlah.
Bermimpi dan angan yang indah.
Buang jauh gundah.


1 Ramadhan/ Julai 10.

No comments:

Post a Comment