Search This Blog

Wednesday 28 August 2013

Rasa

Kau pernah rasa panasnya matahari?
Terik atas kepala,
Tekak tak tahan dahaga.

Kau pernah rasa bahangnya mentari?
Peluh tak henti,
Rasa kulit perit menggigit.

Aku pernah rasa semua itu.
Jadi,aku tak tegar lihat pohon menahan semua itu.
Kerna itu,
Aku siram.
Aku mandikan.
Aku manjakan.
Biar segar.
Malar.

Tuesday 27 August 2013

Langit

Petang itu,kita memandang langit yang sama. Tapi jiwanya jauh berbeza.

Friday 23 August 2013

Kali ini

Kali ini,
Aku pejam
Dan aku telan perlahan-lahan.

Kali ini,
Aku tarik nafas dalam-dalam,
Dan aku bungkam.

Kali ini,
Aku diam.
Dan simpan jauh.
Moga hilang dendam.
Hilang keluh

Tuesday 20 August 2013

Berani

Kalau hempedu yang pahit pun kau bisa telan,
Apalagi madu beracun itu kan?
Berani mati kau ni.

Aku tipikal.

Kerana aku ini,manusia yang mudah jatuh cinta dengan kebaikan manusia lainnya.

Saturday 17 August 2013

Sudah?

Sudah-sudahlah menyalahkan manusia lain.
Seolah kau saja yang luhur.
Sudah-sudahlah meninggi diri,
Seolah manusia lain tiada erti.
Sudah-sudahlah.
Kelak nanti semua lari kerna tak tahan di kritik.
Kelak nanti semua kabur kerna tak tahan disembur.
Seolah semua kau betul...
Aku mau tanya,
Kalau kau saja yang benar,
Apa akal manusia lain tidak ?

Sunday 11 August 2013

Orang asing

Si emak: "Mak nak jodohkan kau dengan si dia ni"
Si anak: " Tak mau.he's a stanger la mak. "
Si emak: " Apa pulak stranger-stranger ni? Tak usah nak bantah,nak argue,ikut je "
Si anak diam seribu bahasa.Tak tau harus jawab apa.Malas melayan barangkali.

Stranger. Orang asing. Apa lah definisinya? Nanti bila dah bertukar tukar nombor telefon,dah tak jadi la stranger kan? Bila kita like dan komen gambar atau statusnya di laman sosial,sudah jadi kawan bukan? Indahnya kasih sayang dan sangka baik manusia,kerna sudi menerima. Sudi berkongsi kasih, sudi berkongsi rasa, sudi berkogsi gembira dan tawa. Cuma,kadang tu,aku berfikir,manusia yang paling kita kenal pun,belum tentu kita tahu belang benarnya. Insan yang jadi peneman tidur berpuluh tahun pun belum tentu kau kenal masak akal fikirnya...kalau tidak,masakan wujud kes si suami menyimbah air panas ke muka isteri seperti yang terpampang kemas di dada akhbar tempohari? Kadang,aku jadi jengkel dengan kisah sadis sebegitu.Tapi,sudah lumrah..telan la saja.Muak.Tapi apa boleh buat?

Friday 9 August 2013

Setahun hanya sekali

Selamat hari raya aidilfitri.
Setahun sekali kita merayakan hari yang mulia ini.
Masa yang berharga ini,masa untuk bermanja dengan family,makan semua kegemaran,bergaul mesra dengan sanak saudara dan bergembira.and,i'll never forget all the beautiful moments . :-)

Akhir kata,selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin di atas segala keterlanjuran kata,perbuatan dan penulisan.semoga kita semua akan berbahgia di hari indah ini.keep calm and loving everybody.

Sunday 4 August 2013

Jujur aku

Bolehkah,jika aku mau,
Masa ini jangan berlalu?
Bolehkah,jika aku mau,
Jasad ini bebas berlari?
Bolehkah,jika aku mau,
Aku tak mau di salah erti?
Bolehkah,jika aku mau,
Aku mau semua kasih di dunia?
Semua sayang yang ada?
Semua cinta yang wujud?
Semua janji yang kau maktub?
Bolehkah,jika aku mau,
Sekali ini...
Dengarlah jerit aku.
Dengarlah tangis aku.
Agar kau benar tau,
Jujur aku