Search This Blog

Thursday 31 October 2013

aku ini,
dalamnya sudah mati.
kau dah bunuh berkali-kali.
mana mungkin aku boleh untuk kali kedua dengan kau?
mana mungkin aku boleh senyum,bermanja,berlari sambil bergelak tawa semua?

sehinggalah,
pada suatu ketika,
aku terjumpa dia.
dan aku tahu, Tuhan mau aku hidup semula.
Tuhan beri aku peluang kedua.
Tapi, aku tak boleh duga,
Adalah kali ini bukan dusta?

peri pentingnya,
hati aku ini.
sudah tak percaya.
sudah tak betah.
sudah bodoh.
sudah buta,tuli,mati.

senyum aku ini,
kalau di selidik,
semuanya berbasi.
tawa aku ini,
kalau kau risik,
semuanya kias puisi.

sebab aku tak mau, manusia lain melihat aku dalam sedih.
aku tak mau manusia lain tau aku pedih.
rasa itu sial, kau tau?
sial.

Thursday 24 October 2013

Surah kekasih

Betapa kerdilnya aku,
Selama ini tidak menghormatimu,
Padahal jutaan sejadah
Membentang dari Makkah hingga al-Mukarramah.
Minta selalu dibacakan surah kekasih,Al - Fath.

Wednesday 16 October 2013

Pendidikan.
Ya,pendidikan adalah satu kuasa.
Yang pandai selalu dapat pujian. Dapat pengiktirafan.
Tapi,rasanya,ramai yang silap,jika kepandaian di ukur dari nombor,dari A. Itu hanya satu aras petanda itu menggredkan manusia,pada aku. Dan memangnya dari dulu,siapa yang dapat masuk U,itu lah yang pandai. Itulah yang genius. Itulah harapan bangsa. Memang betul. Tidak boleh di sangkal. Seharusnya,jika mau menjadi ahli falsafah, doktor, peguam, memang perlu belajar yang tinggi. Tapi,tiap orang ada pandainya sendiri. Tiap orang punya institusi  tersendiri. Ada yang bersekolah pondok. Nah,pandainya bab agama. Mengaji nombor 1 tajwidnya. Lagunya,mendayu. Ada pula fakultinya Seni Lukis. Ya pandainya melukis, memvisualkan imaginasi. Secara telus atau metafora, ikut kehalusannya. Yang belajar dari pengalaman hidup juga semestinya. Bukan semua orang mampu bersekolah tinggi. Bukan semua mampu..rezeki nya masing-masing kan beda? Jadi,pelajarannya di dapati sepanjang perjalanan hidup. Belajar menanam pokok, di bela, di jaga. Subur hidupnya, di jual. Dari petani,belajar jadi peniaga. Ilmu begini, ada di sekolah,tapi praktiknya? Pokok pangkalnya,diri sendiri. Mau belajar apa,mau pandainya apa. Title Doktor, Professor,itu pandainya dalam bidang dia. Bukan semua. Kalau pandai semua,itu super. Ada manusia,sekolahnya apa aja,tapi lebih berjaya. Kan pandai itu,pelajaran itu,satu proses. Tiada noktah.

Sunday 13 October 2013

"Orang laki-laki adalah pemimpin atas orang-orang perempuan. Lantaran Allah telah melebihkan sebahagian dari mereka  (laki-laki) atas yang sebahagian (perempuan), dan dari sebab apa yang telah mereka nafkahkan dari harta benda mereka. Maka perempuan-perempuan yang saleh itu ialah yang taat, yang memelihara hal-hal yang tersembunyi sebagai yang telah di pelihara oleh Allah. Dan perempuan-perempuan yang kamu takut akan kedurhakaannya,hendaklah kamu nasihati mereka,dan hendaklah kamu pencilkan mereka pada tempat-tempat tidur dan hendaklah kamu pukul mereka. Tetapi jika mereks taat kepada kamu,maka janganlah kamu cari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi,lagi Maha Besar." ( An-Nisa' ayat 34 ).

Saturday 12 October 2013

Iya lah,
kita bukan orang ada-ada,
Jadi,
Hiduplah seadanya.

Sunday 6 October 2013

Di suapnya kasih,
Di telannya sayang.
Di hidangnya cinta,
Di mamahnya jiwa.

Tapi semua akhirnya di luah juga.

Tuesday 1 October 2013

Untitled


Akhirnya kita berjumpa,
Walau di mana kita berada,
Meski kita tidak sepadan.
Engkau perakam waktu terhebat,
Sedang aku hanya wanita bejat.