Ada satu masa
Aku hanya mahu tidur
Dan bermimpi tanpa henti
Di suatu masa lain,
Aku mahu berlari tanpa henti
Hingga hilang nafas dari rongga
Hingga basah seluruh anggota
Ada masa,
Aku mahu berbaring.
Di atas pasir
Membiar ombak menghempas pantai
Dan membawa aku bersama badai
Ada masanya,
Aku hanya mahu diam
Duduk di sudut bilik
Berpeluk tubuh.
Hingga hilang segala lenguh
Hilang segala luka
Sampai aku sembuh
Julai 25
No comments:
Post a Comment