Search This Blog

Tuesday 26 November 2013

Cinta Agung

Kau tau, momen indah bila satu bau menerpa, dan automatisnya kau terus teringat pada abah kau. Yang dah lama pergi. Dan bila satu bau lagi menerpa, persis wangian mahal lelaki sundal, terus kau teringat pedihnya luka. Dua rasa berbeza. Tapi ceritanya tentang lelaki. Ah, terpulang pada kau. Persepsi manusia kan beda. Agungnya seorang lelaki yang kau panggil ayah, baba, abah, daddy maupun apak adalah kerana dia cinta pertama. Dan sadisnya kisah cinta kau kerana  lelaki juga. Yang meluka dan menghancur jiwa. Tapi, bukan semua. Kalau bukan kerana dia pernah buat kau bahgia, tidak la kekasih namanya. Tapi jodoh itu  dah di pegang, dan dia bukan untuk kau. Dunia akhirat. Maka jadilah luahan dan rintihan emosi  kerana marahkan takdir Illahi. Untung jika kau jumpa yang persis Muhammad S.A.W yang cintakan Khadijah sepenuh jiwa. Agungnya tiada tara, kerana menerima kekasih seadanya. Menjunjung janji tanpa nista. Dan paling utama, berkongsi rasa,susah dan bahgia, sama rata.

No comments:

Post a Comment