Search This Blog

Monday 12 November 2012

Buat lelaki yang pernah aku cintai;

Kau,
taburkan janji - janji untuk menjaga aku,
Kau semaikan sayang dalam hati aku,
Kau tanamkan kasih dan cinta selautan untukku,
Kau katakan akulah puteri mu,
Dan kau katakan aku lah segalanya.

Tapi,bila dugaan datang,
Kau hilang
Hilang dalam kelam
Tanpa bunyi,suara,rasa dan pandangan mata
Kau hilang melepaskan kebingungan
Sendirian

Kau tak sedar
Dalam waktu begini
Aku butuh kau
Aku perlu kau untuk tenang
Dan aku tahu kau juga perlukan aku

Kau tak berani untuk menghadapi semua ini
Kerana kau rasa banyak dosa yang tak hapus siksa
Banyak kata yang kau tak lepas lara
Dan banyak tingkah yang tak selindung nyata

Aku cuma berharap dan berdoa
Agar kau cepat sedar
Cepat bangun dari alam khayalan kau
Untuk kau perbetulkan segalanya

Jadilah lelaki yang berani
Berani untuk berkata yang benar
kerna sekarang kau bukan seorang yang aku kenal.




No comments:

Post a Comment