Search This Blog

Wednesday 18 December 2013

Tolong aku,Tuhan.

Dalam satu hari,
Berapa kali kau bertanya diri,
Bilakah masa untuk kau berhenti?
Berhenti menyalah diri.

Pernahkah sekali,
Dalam tujuh hari,
Kau menyoal diri,
Untuk apa lelah selama ini?

Dan terlintas tak di hati,
Sekali,dalam tiga puluh hari,
Untuk kau menyerah diri,
Dan berkata,
O Tuhan,
Aku berserah diri,
Dan berikan aku kekuatan,
Kerana aku sudah tidak tahan.
Daya aku sudah rapuh,
Hati aku sudah jatuh luluh.
Dan tiada anduh untuk memeluk aku kukuh.

No comments:

Post a Comment