And as usual.i was running around like crazy, trying to make as much happen from afar,without losing energy, perspective and my sense of humor.
Search This Blog
Monday, 30 December 2013
Matahari, bintang dan bulan
dan acap juga kau mungkiri.
Acap kau memberi kata,
hingga aku kenyang dan sendawa,
dan acap itu juga kata tak kau kota.
Memangnya sulit,
untuk kau tegak di paksi khatulistiwa;
dalam menghujam kata?
Ataupun kau sengaja mau buat aku menangis,
dan berteriak, merintih, mencabik dada dan mengajak seluruh dunia ikut kecewa dengan dusta?
Untung,
ada matahari,bintang dan bulan;
Matahari jadi ibu, bangunkan aku di waktu pagi.
Bintang jadi sahabat,
kelilingi aku dengan cahya dan ketawa riang.
Bulan jadi ayah,
menghantar aku yang sedia lelah,
kepada mimpi indah.
Sunday, 29 December 2013
Walau.
Mengapa kau ikut jalan aku,
Walau kau rasa denai ini kotor?
Mengapa kau ikut kata aku,
Walau kau rasa bahasa ini kasar?
Mengapa kau ikut telunjuk aku,
Walau kau rasa jari ini bengkok?
Mengapa kau percaya akal aku,
Walau kau rasa tiada warasnya?
Mengapa kau adili aku,
Walau kau tau benarnya?
Friday, 27 December 2013
Tanam kasih,tuai cinta.
Hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa menyesal akan hal-hal yang lepas dan menangis hiba atas cinta yang terbakar. Jadi,bangun dan senyum. Bercintalah dan berkasih sayang. Benih jiwa dengan kasih,tanamkan sayang dan rindu. Hasilnya? Akan sentiasa ada manusia untuk mencinta.
Thursday, 26 December 2013
Say something,i'm giving up on you.
Monday, 23 December 2013
Wednesday, 18 December 2013
Tolong aku,Tuhan.
Dalam satu hari,
Berapa kali kau bertanya diri,
Bilakah masa untuk kau berhenti?
Berhenti menyalah diri.
Pernahkah sekali,
Dalam tujuh hari,
Kau menyoal diri,
Untuk apa lelah selama ini?
Dan terlintas tak di hati,
Sekali,dalam tiga puluh hari,
Untuk kau menyerah diri,
Dan berkata,
O Tuhan,
Aku berserah diri,
Dan berikan aku kekuatan,
Kerana aku sudah tidak tahan.
Daya aku sudah rapuh,
Hati aku sudah jatuh luluh.
Dan tiada anduh untuk memeluk aku kukuh.